Sebelum membuat budget kewangan, setiap orang perlu menentukan objektif strategik kewangan terlebih dahulu, iaitu melihat isu kewangan secara menyeluruh bermula daripada tarikh hidup berdikari sehingga jangkaan akhir hayat kehidupan.
Terdapat 8 objektif strategik perancangan kewangan.
- Memiliki dana yang cukup untuk kehidupan dan bayaran hutang dengan usaha mencari wang.
- Mempunyai gantian pendapatan yang BERTERUSAN untuk kos hidup Dan pembayaran hutang WALAUPUN ketika lumpuh, ditimpa penyakit keritikal sebelum umur 50 tahun.
- Memiliki kos sarahidup keluarga BERTERUSAN jika ketua keluarga meninggal dunia sebelum usia 50.
- Memiliki simpanan kecemasan dan kos rawatan kesihatan yang mencukupi.
- Menyediakan dana pendidikan tinggi untuk anak2, modal perkahwinan dan permulaan hidup baru
- Menyediakan dana persaraan, HAJI Dan Umrah.
- Menyediakan harta tunai untuk warisan, untuk menyediakan LEGASI KEWANGAN Dan wasiat sedekah jariah atau Wakaf tunai sebagai saham akhirat.
- Menyediakan Kos pengurusann harta pusaka, bayaran cukai pindahmilik harta untuk memudahkan waris bagi mengelakkan harta beku.
Masalah Selepas Kematian.
- Semua duit dalam bank, ASB, TH akan beku sehingga penuntut bawa surat Faraid Dan dokumen2 kewangan ke ARB atau melantik peguam untuk menuntutnya di Mahkamah Tinggi.
- Proses Untuk dapat surat Faraid perlu seseorang yang dilantik Untuk uruskannya.
- Disebabkan kerumitan proses, perlukan masa, wang pengurusan, Kos pindah milik dan seseorang yang boleh menguruskannya menjadikan harta umat Islam terbiar dan beku, apabila pengagihan harta tidak dapat dilakukan akibat kekurangan Wang untuk proses . Kini lebih daripada 80 Billion
- Bansga lain, seperti Cina Dan Yahudi telah lama menggunakan sistem ekonomi seperti insurance dan takaful kerana pampasan Dan simpanan takaful terus akan dimasukkan ke akaun waris, penama, penerima wasiat tanpa perlu surat Faraid
- Apabila seseorang daripada mereka meninggal, keluarga mereka akan menjadi jutawan Dan memiliki modal tambahan Untuk kembangkan perniagaan
- Bangsa Melayu Masih memilih menjadi pekerja untuk sistem kewangan Dan pelbagai khidmat, tanpa mengambil perlindungan takaful, setelah meninggal dunia mereka mungkin meninggalkan harta pusaka tetapi sukar difaraidkan kerana tiada Wang tunai segera untuk urusan pentadbiran harta.
- Kesannya bangsa Melayu akan terus tertinggal, dijajah Dan jadi Hamba NWO.
- Wang takaful yang dihibahkan kepada waris adalah satu inisiatif bijak Dan bertanggungjawab bagi memudahkan waris mengharungi kehidupan sebelum mampu mendapatkan pendapatan yang mencukupi Dan berterusan serta boleh digunakan Untuk menyelesaikan agihan harta pusaka.
Penyelesaian.
Untuk mencapai objektif strategik pertama, sudah pasti anda perlu mencari pekerjaan bagi menjana pendapatan, Kerja biasa seharian, usahawan atau Kerja tambahan.
Selain daripada itu anda boleh guna prinsip GDO, (guna duit orang) iaitu berkongsi beban kewangan dengan asas tolong menolong dalam sistem kewangan Takaful.
Menggunakan perlindungan Takaful adalah satu langkah strategik dengan berkongsi duit orang ramai untuk dipindahkan kepada waris..
Seseorang yang berumur 20an – 50an mengambil takaful Dan membantu waris orang berumur 50an yang meninggal dunia…
Ummah fadhilah perlu faham dan sedar untuk bertindak mengambil peluang menggunakan manfaat daripada sistem takaful. Jika memilih Untuk menambahkan hartanah melalui pembiayaan bank ketahuilah bahawa:
Kos beli hartanah menggunakan pembiayaan bank adalah lebih tinggi daripada mengambil takaful
Langkah-langkah Strategik Kewangan.
Semua 8 objektif strategik di atas boleh capai dengan menyediakan plan takaful yang sesuai.
Guna kalkulator dibawah untuk mengira ‘GAP’ kewangan, untuk objektif strategik kedua dan ketiga.
Sebelum itu tinggalkan maklumat anda Untuk kami hubungi.
Klick disini Untuk buka calculator
Atau tinggalkan maklumat anda untuk Kami hubungi.
